Sertai Kami
Kami tidak menjanjikan bulan bintang seperti team hartanah lain. Setiap kerjaya ada cabaran dan kejayaan, ada anis dan ada pahitnya. Walaupun begitu kami sangat positif kerana ‘setiap kesulitan pasti ada kemudahanya’.
Tanpa perancangan pastinya merancang kegagalan.
Jika anda inginkan pendapatan unlimited
Gemarkan cabaran
Suka membantu orang lain
Bersedia belajar ilmu baharu
Boleh adapt dengan teknologi terkini
Bersedia untuk beraksi dalam dunia media sosial
Katakan YA!
Anda adalah team member yang kami cari. Dengan latihan secara teori dan praktikal kami juga ada sistem yang proven untuk menjadikan anda seorang yang berkerjaya dalam bidang hartanah. Tuah ayam nampak dikaki rezeki kita siapa yang tahu.
Our mission
Untuk pergi jauh, kita tidak boleh bersendirian. Kita perlukan team. Itu adalah hakikat. Kami sedar Rezeki milik الله itu Maha luas. Misi kami amat jelas iaitu bergerak bersama untuk memeriahkan pelaburan hartanah dikalangan rakyat Malaysia.
Our vision
Demi memenuhi misi kami, visi kami untuk melahirkan 50 ejen hartanah yang mampu menjana pendapatan yang stabil dan berdaya saing. Ejen hartanah yang lebih profesional dari segi ilmu, nilai tambah dan juga cara kerja yang dapat dijadikan contoh dalam industri hartanah
About Us
Bermain sampan mudik ke Sepetang,
Mudik di Sepetang membeli papan,
Kami ucapkan selamat datang,
Kapada tuan, puan penuh harapan.
Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.
Kami bermula dalam bidang hartanah bermula sejak 2019. Berdaftar dengan LPPEH dan sekarang kami bersama agensi hartanah no 1 di Selangor iaitu Homefield Real Estate Sdn Bhd yang berpengkalan di Shah Alam.
Pernah berkhidmat selama lebih 10 tahun didalam industri peruncitan khususnya buku, memberikan pengalaman dalam menyantuni pelbagai lapisan masyarakat.
Buku-buku kewangan dan pelaburan menjadi bekal untuk dikongsikan bersama anda.
Pengalaman selama 5 tahun dalam dunia hartanah kami telah dapat membantu lebih dari 100 transaksi hartanah. Mereka yang mencari hartanah untuk tinggal sendiri, hartanah untuk pelaburan dan juga hartanah untuk menjana pendapatan sewaan. Dari Rumah Projek, Rumah Subsale, sewaan mahu pun pengurusan sewa, semua kami bantu dan berkongsi pendapat dan juga nasihat yang dapat dijadikan bekalan.
Izinkan kami bantu anda untuk mencapai hajat hartanah anda.
Skill Ejen Hartanah
Perunding & Penasihat
Photografer
Marketing
Market Analysis
Our team
Mereka adalah tulang belakang team kami yang bersama-sama membantu pembangunan ejen hartanah lain.
Esther Bryce
Founder / Interior designer
Lianne Wilson
Broker
Jaden Smith
Architect
Jessica Kim
Photographer
Address
Homefield Real Estate Sdn Bhd Jalan Snooker 13/28 Seksyen 13 Shah Alam